Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

TERseksi

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Isma AF Tiada Niat Jatuhkan Sesiapa!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Isma AF
GUA pasti ramai yang sudah menonton video seorang remaja perempuan yang meluahkan perasaan cinta buat kekasih hati sempena ulangtahun seminggu percintaan mereka. Video berdurasi 2.41 minit yang dimuatnaik di laman Youtube ini menjadi bualan hangat sehingga ramai yang melakukan parodi terhadap video tersebut.

Penyanyi Ismaliza Ismail atau lebih dikenali sebagai Isma AF7 juga tidak ketinggalan apabila turut memuatnaik video parodi tersebut di laman Instagram miliknya. Pernah melakukan video parodi adiknya, Tomok bersama anak, isteri kepada Zul 2 By 2 ini memberitahu melakukan parodi bagi menghilangkan tekanan selepas seharian bekerja.
“Boleh dikatakan parodi kini menjadi budaya baru masyarakat kita. Parodi dapat menghidupkan suasana, namun pada masa sama juga boleh memberi kesan yang tidak baik. Tapi bagi saya, apa yang saya buat adalah sekadar suka-suka dan lebih kepada hiburan untuk kita semua. Saya memang tiada niat untuk menjatuhkan sesiapa. Ketika itu saya dalam kereta dan tidak melakukan apa-apa, jadi saya buatlah parodi video tersebut,” ujar Isma ketika dihubungi GUA.
“Saya kesian pada budak perempuan itu kerana dia buat video itu khas untuk teman lelaki dia, tapi tiba-tiba boleh tersebar luas di internet. Bagi saya, dengan teknologi sekarang yang sudah semakin canggih, mungkin itu salah satu cara dia untuk meluahkan perasaannya. Kalau zaman saya dulu, kita tulis surat, tapi zaman sekarang lebih moden, sebab itu boleh muncul video-video seperti itu.
Sebagai ibu, saya risau dengan kegiatan anak-anak. Saya akan selalu pantau apa yang mereka lakukan di laman Facebook, Twitter dan laman-laman sosial yang lain. Saya sentiasa ingatkan mereka dan terangkan mana yang bagus atau tidak supaya mereka tidak menyalahgunakan teknologi yang ada,” ujar ibu kepada lima orang cahaya mata ini. - Gua

About jep isbekri

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments