Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

TERseksi

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Sakit Mata

Informasi

» » 'Fizo Cinta Pertama Saya' - Mawar
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Mawar mengakui Fizo adalah cinta pertamanya. Foto Ihsan UTUSAN MALAYSIA.
PETALING JAYA: Anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim dan bakal isteri kepada Fizo Omar mengakui pelakon itu adalah cinta pertamanya.
Mawar, 24, berkata, sebelum ini dia tidak pernah mengenali mana-mana lelaki kerana memberikan tumpuan kepada perniagaan namun kesungguhan Fizo memikatnya telah membuatkan dia menerima cinta itu.
"Tidak mudah untuk saya menerima Fizo dan saya akui pada mulanya agak jual mahal kerana ingin menguji kesungguhan dan keikhlasannya terhadap saya.
"Bagaimanapun saya kagum dengan usahanya untuk memikat saya dan restu daripada keluarga juga telah membuatkan hati saya terbuka untuk menerimanya," kata Mawar kepadamStar Online ketika ditemui pada sidang media pengumuman tarikh pertunangan dan pernikahan mereka di Cathay e@Curve di sini, Isnin.
Fizo dan Mawar bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 November depan di rumah pihak perempuan di Country Heights, Kajang. Mereka akan bertunang sehari sebelum tarikh itu.
Terdahulu Fizo sempat melakukan gimik dengan melamar Mawar di dalam panggung wayang dengan disaksikan oleh pihak media dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Fizo melakukan gimik dengan melamar Mawar di panggung wayang dan menghadiahkannya dengan sebentuk cincin.
Selain sejambak bunga, Fizo turut menghadiahkan sebentuk cincin kepada Mawar.
Dalam perkembangan sama, Fizo berkata, walaupun hubungan yang terjalin agak singkat iaitu selama enam bulan namun keserasian yang ada membuatkan mereka ingin berumah tangga.
Jelas Fizo, walaupun jarang bertemu dengan buah hatinya itu tetapi perbualan di telefon mengeratkan kasih di antara mereka. Malah mereka ingin bercinta selepas berumah tangga.
"Naluri hati saya mengatakan dia wanita terbaik selain kami sangat serasi dan berpandangan sama dalam banyak perkara. Paling penting keluarga kami merestui hubungan ini. Saya rasa lebih baik bercinta selepas berkahwin," jelasnya.
Dalam pada itu, Fizo berkata, majlis perkahwinan mereka nanti akan diadakan untuk keluarga kedua-dua belah pihak, rakan rapat dan wakil media sahaja atas permintaan keluarga masing-masing.
Kata Fizo, selepas bernikah mereka merancang untuk mengadakan tiga majlis resepsi di Kuala Lumpur, Kelantan dan kampung halaman isterinya iaitu di Pulau Pinang.
"Majlis tunang dan akad nikah akan buat secara sederhana sahaja dan jemputan juga tidak ramai tetapi akan ada majlis resepsi lain dan Insya-Allah kami akan jemput semua pada majlis itu nanti," ujarnya.
Majlis pertunangan dan pernikahan pasangan itu bakal disiarkan secara langsung menerusi slot program Nasi lemak Kopi O di TV9.
Fizo juga merupakan pengacara program tersebut yang disiarkan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pukul 8 hingga 10 pagi.

About jep isbekri

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments