Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

TERseksi

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Sakit Mata

Informasi

» » [Wow] Adegan Panas Dipotong: Tuhan Sayangkan Saya Kata Sharmila..
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Wan Sharmila
Jarang-jarang sekali kita mendengar cerita kontroversi yang mengaitkan pelakon Wan Sharmila.
Kalau ada pun mungkin isu pakaian seksi yang pernah digayakannya suatu ketika dulu.
Menerusi filem terbaru lakonannya, Bisikan Syaitan, Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala ini mengakui sedikit risau dan merasakan dirinya mungkin dihambat kontroversi berikutan aksinya bersama pasangan pelakon, Fizz Fairuz melakonkan babak berpelukan di atas katil.
Walau bagaimanapun, kini dia boleh menarik nafas lega selepas Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah membuang sebahagian daripada adegan panas itu.
“Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya, “Tuhan sayang saya… agaknyer kot”. Sebab biasalah, bila keluar babak-babak sebegitu, pasti akan ada kontroversi. Sikit sebanyak adegan tu jadi bualan orang nanti. Itu yang saya tak mahu.
“Tak payah orang lain nak fikir buruk, atau sewenang-wenangnya memberi anggapan negatif nanti,” katanya memetik laporan Malaysian Digest.
Filem Bisikan Syaitan yang turut dibintangi Nabila Huda akan memulakan tayangannya di seluruh Malaysia mulai esok.

About jep isbekri

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments